|
Safee menuntut Hidayah (isteri kapten SG) minta maaf secara terbuka
Wednesday, August 3, 2011 @ 9:55 AM
AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. - Berita Harian
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. - Berita Harian
“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.” - Safee Sali
“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan." - Safee Sali
nahhh.kontroversi habis owhhh. ini la pasal kalau da tau anda tu orang terkenal atau sabit menyabit dengan mereka tu jaga la mulut oke. masa singapore fight dengan malaysia tu aku takdela kesah sangat malaysia kalah. sebab memang la mungkin malaysia masih lagi ada lack dari singapore ke .but still they did their best. ape pasal kau kecoh sangat nak cari populariti huh? jadi la open minded sikit. rilek la der singa dengan harimau kan kawan baik. mungkin cik hidayah tak baca kot kisah teladan kanak2. takpe2. ini game so adat la kalau kalah ke menang. kalau da menang tu lagi la bagus so just be grateful not to look down on others. lagipon kau bini si kapten tu je bukan kapten pon. kesian si kapten dia punya la professional with good manners si isteri pulak buat kecoh. haishh. cuba cik hidayah kasi lipat sekali boleh ke?? aku tarak kecoh pon dengan player korang punya strategi untuk habiskan masa tu. sebab tu hak korang. so keep your mouth shut. be professional. apologize to them. see player malaysia boleh je jadi professional demand for an apologize dulu before taking any other action ke apa. hmm sudaa laaa. harap2 cik hidayah jaga la tingkah laku ye sebagai seorang yang bawak nama kepada suami anda. tambah2 bulan puasa ney mulut lagi kena jaga. buat orang tersinggung tak baik tau. all your best.
Full info at Berita Harian .Labels: amirul hadi, isteri kapten singapura, lipat monyet, malaysia, perlawanan malaysia vs singapura, safee sali, singapura
comment here |1 minded
|