Welcome to The Momo Land
Disclaimer

This skin is best viewed in Google Chrome with a resolution of 1024 x 768. Looks averagely okay in Mozilla Firefox. Other browsers unsure .
I own most of the post here , unless otherwise stated .
Posted photos are mostly taken from google and tumblr .
If you found one of your photos here withour your credit or you want your photo to be removed feel free to inform me .
Sorry in advance for all the inconvenience .


Profile

BEAR (s)



"To forgive and forget is to give light to a new day full of possibilities and responsibilities to not let your past be your future."


Peace be upon you dear readers ;)
Heyya peeps!
For short intro :
--> Siti Nur Amirah Kamar Ruddin
--> Mira for short . also known as MiraKRZ
--> Turning 19 this October
--> Majoring in Bachelor of Quantity Surveying (HONS) in IIUM , Gombak , Malaysia
--> I'm a crazy fangirl so bear with it . Told ya !
--> Feel free to talk to me * I don't eat people* but i do bite XD
--> Love ya peeps ! ;)


Affiliates

I also do own other social networking sites where I interact most with my friends/followers .
So do visit my other sites ya !

--> Mini Homepage
--> Twitter
--> Facebook
--> Tumblr
--> Me2Day
--> Another blog

Ohh by the way I run a blogshop together with my partner Miss Afiqah Nadiah .
Do visit us here .

And here are the list of my so very awesome friends :

--> Aisya Omar
--> Ain Syuhada
--> Natasya Afriena
--> Acu Yuhan

For those who want me to include your link here do inform me . :) You guys are most welcome .

tagboard & archives


ShoutMix chat widget





Tips Mengambil Hati Perempuan
Wednesday, August 10, 2011 @ 8:55 AM
haaaaa!! menarik tak menarik tak tajuk entri kali ni? hahahhaha. entri ni aku amik dekat blog sorang mamat ney encik Jamban Comel . hmmm.mula2 tengok macam tak menarik pon la tajuk dia. tapi terdetik jugak nak baca. overallnya mostly aku setuju la dengan apa yang dia conclude tu. sooo mai la kita tengok naa apa dia tips tips nya. :)


1.Jadi seorang pendengar yang baik.


memang menjadi lumrah seorang wanita ,mereka lebih beremosi berbanding dengan lelaki .Hormon yang ada pada mereka berubah setiap kali mereka didatangai bulan .Dalam tempoh itu lah ,jika mereka ada masalah ,mereka memerlukan seseorang disamping mereka untuk mendengar masalah atau coleteh mereka .Kadang - kadang lelaki ni suka menjadi "Mr fix man" ,biasanya mereka lebih suka menawarkan kaedah atau langkah ,yang bagi pendapat mereka akan membantu wanita .Walhal bukan itu yang dimahukan oleh mereka ,tetapi cuma

"menadah telinga ,dan fokus dengan apa yang mereka katakan sudah memadai bagi mereka".



okay pasai ni aku memang setuju. sebab girl ney asal boy tu tunjuk concern dia pon biasanya perempuan ni puas hati da.tapi ikut type perempuan la. kalau terlebih concern sangat pon sometimes macam annoying la pulak kan.


2.berserdahana "jangan telalu show off"


biasanya ,naluri si lelaki akan melakukan sesuatu yang membuktikan mereka hebat .Sebagai contoh ,bila time naik motosikal ,ada dua tiga orang awek yang lalu berjalan ,pasti terdetik dalam hati mereka "aku mesti buat sesuatu yang hebat ".Jadi ,berlaku la edegan mat rempit murahan ,"wikang" sana sini atau "willy" (padahal first time buat bende tuh ,ikut gaya rempit V3).Pada pendapat mereka ,pasti dalam hati awek2 yang lalu tu akan berkata "wooww gila hebat mamat neh ,terpegun i".Namun ,biasanya perkara sebaliknya akan berlaku

"ewwww,bajet hebat la congek2 sana sini ,kalau jatuh padan muke! ,so anoyying!poyo jek!".

Jadi tak perlu la nak berlagak poyo tapi dimaki berbanding ,berlagak rendah diri tapi dipuji.



haaa. hok ni memang kawe setuju 130%. sebab bagi aku la satu aku tak suka bila laki tu bergeng. i mean bukan la tak suka diorang berkawan kan. tapi biasanya laki ni diorang cuma berani bila ada geng2 dia je. time jalan dengan awok2 dia tu mula la tunjuk berani kan tapi cuba kalau jalan sorang2. zuhud habis macam nak sujud je berjalan. cuba tengok ramai mana je budak lelaki zaman sekarang yang berani makan sorang2 dekat cafe ke. mesti nak ada geng. ni ada satu kes la yang abang aku cite. bukan assumption dari aku tau. kawan dia ni, nak pergi makan. tapi dia da makan. tapi kawan dia paksa jugak dia teman makan. abang aku ni ada keje lain nak buat so dia kata tak boleh la. pergi jela makan sendiri. haaaa,mau berapa minggu kot budak tu merajuk dengan abang aku sebab tak teman dia makan. paling tak tahannya rupanya haritu dia sanggup tak makan sebab takde orang nak teman. bolehhh pulak macam tu kan? macam mana nak bimbing keluarga nanti kalau macam tu perangai. lack of confident. tapi tak semua la lelaki macam tu. ada yang bagus.




3.Berpakaian kemas


Ini agak susah bagi kebanyakan lelaki ,kerana bagi mereka "simple is better".Macam aku jugak ,selekeh ,pakai t-shirt je dah ok ,atau rambut tak bersikat ,mencerminkan identiti negatif bagi pendapat segelintir wanita.Bagi mereka ,lelaki yang kemas biasanya ,mempunyai daya konfiden yang tinggi ,dan lebih dipercayai.Sebab kalau lelaki yang kemas biasanya ,jenis yang kerja polis ,atau askar ,mereka tampak lebih hebat .Tapi kalau terlampau kemas ,tak bleh jugak takut kang di cop sebagai "nerd" atau "skema".Pakai baju atas pusat ,sikat belah tepi ,pakai spek tebal.Tapi ade pendapat wanita jugak ,mereka ini lagi la boleh dipercayai ,sebab mereka kebanyakannya jenis yang setia.Ye dak?.
"kemas biar bertempat".



ni satu lagi yang aku betol2 setuju. simple tu memang bagus. tapi bukan simple dari aspek seluar koyak dekat lutut berlubang sana sini no! t-shirt is ok. tapi aku la aku prefer long sleeve punya t-shirt. sebab bila boy ni pakai something yang long sleeve tak kisah la t-shirt ke kemeja ke apa ke , lepas tu dia singsing lengan baju tu. memang COOOOLLLLLLLIIOOOO ~ hahaha over la pulak. tu just pendapat aku je. lain orang lain opinion kan? haa pelengkap lagi satu ..... cap! memang kemas! tapi tu untuk gaya casual la. kalau nak pergi kelas ke apa tak perlu la bende alah tu kan. hmm satu lagii .. macam penulis tu cakap la. rambut tu biarla bersikat. and untuk aku la aku lagi prefer rambut pendek. memang la aku suka mamat korea kan tapi untuk orang melayu ni diorang nampak lagi kemas dengan rambut pendek ke atas . tapi takmau la rambut trojan membunuh tu ye. 


4.menjadi seorang yang "gentleman"


Semakin gentle seorang lelaki itu ,semakin memikat si dia .Sebagai contoh ,kalau anda pergi menonton wayang bersama si dia ,andai kata si dia terlupa membawa baju sejuk ,dan pada waktu itu anda sedang memakai baju sejuk ,anda boleh menunjukkan ke"gentle"an anda dengan menawarkan baju sejuk anda

"walaupun mati dek kerana sejuk sekalipun,asal gentle kah?"
kalau tak nak perkara tersebut terjadi ,ambil la langkah awal ,dengan membawa baju sejuk yang lebih ,

"takpe abang ade bawa baju sejuk lebih,ambik la guna",

sekaligus anda mendapat bonus markah ,sebagai seorang yang bersedia hak3.



lol~ yang ni ... errrr entah la no komen ! sebab .. lelaki dengan perempuan ni ada batas dalam pergaulan diorang . gentle dari sudut aku la, boy tu tau limit dia bila dengan perempuan. jangan cuma hanyut dengan permainan dunia yang takde kesudahannya ni. bila dia pandai bimbing perempuan tu pada jalan yang betol yes yang itu baru aku panggil gentle. satu lagiiii .... lagi gentle kalau dia tau utamakan prioriti dia dari bende lain. kalau suruh pilih antara awek dengan adik. mostly la akan pilih awek kan. kat situ nampak da dia bukan jenis yang berpendirian. hmm pandangan aku. mungkin bagi korang lain. tak kisah la kan. and kalau bolehhh, utamakan la pelajaran. kalau dengan bercinta tu boleh buat maintain 4flat setiap sem takpela, ni tak, buat tersangkut tersadai je kena repeat paper la apa bagai la. kalau hidup pon macam takde tujuan macam mana nak jadi nakhoda untuk kapal yang bakal korang bawak nanti?


5.kawal ego sebagai lelaki


Memang fitrah seorang lelaki mempunyai ego tersendiri ,jikalau tidak pandai mengawalnya ,pasti akan mengundang padah.Lelaki agak susah ditegur malah kadang - kadang ,ada yang tidak pandai memujuk wanita ,kerana terdorong oleh rasa ego mereka.Kadang - kadang ,kerana ego juga lah ,menyebabkan krisis yang ada dalam hubungan akan berlanjutan .Oleh itu ,nak selamat ,kurang-kurang kan ego anda ,kerana lelaki yang mempunyai ego yang tinggi kurang digemari wanita ,tapi jangan la sampai pulak takda ego langsung ,sampai jadi "pak turut " pulak yep.Cuba kawalnya.Jadi la seorang lelaki yang boleh dibawa berbincang.


hmm.oke betol la tu.takde apa nak cakap.


6.menjadi seorang  pelawak


Menjadi seorang pelawak ni ,tidak memerlukan anda menjadi seolah - olah salah seorang peserta dalam maharaja lawak ,cuba anda terapkan nilai "humor" pada diri anda ,pandai berjenaka .Bila si dia ,sedang bersedih ,mereka memerlukan seseorang yang dapat menceriakan dia.Biasanya ,lelaki yang pandai berjenaka ni ,lebih digemari pihak wanita ,kerana bagi mereka lelaki "pelawak" akan membawa kebahagian dalam hidup mereka ,kata orang menjadi pengubat time berduka.

Jadi ,cepat- cepat la cari buku- buku jenaka ,tak pun download maharaja lawak banyak- banyak yep hak3 .

"gelak banyak sangat tak bagus jugak"

"erkk!!"



lawak tu bolehh, tapi biarla lawak yang betol2 lawak. jangan lawak bodoh sudahh. buat pening kepala je nak paham.hahhaha.tapi tak kisah la asalkan ada la effort tu.


7.memahami situasi


Seorang lelaki yang dapat memahami perasaan dan hati si wanita ,biasanya lebih dihormati atau lebih disenangi oleh wanita.Bila mereka sedih atau bila mereka bermasaalah ,pandai-pandai la ambil hati mereka dengan memberi kata- kata semangat atau nasihat yang bernas.Jangan la time sedih ,bleh gelak berdekah - dekah pulak ,tak pasal - pasal bakal kene penangan penampar atas muka .Jadi kene la faham bila masa bleh buat lawak ,atau bila masanya kene seryes.


errr. bagi aku ... jangan kacau. tu je. aku memang jenis yang tempered. tapi biar aku cool down sendiri. kalau tak buat tambah masalah je. tapi biasanya perempuan memang la suka kena pujuk kan. so pandai2 la korang pujuk diorang tu. hahhahha satu lagi betol3 orang tu ckp. aku rasa memang cari penampar la kalau buat main orang tengah bengang tu. 





8.Jangan terlampau cepat melatah


Jangan cepat melatah bermaksud ,jangan jadi seorang yang panas baran.Pantang ada silap sikit ,dah kene maki atau dah kene cepuk.Biasanya ,lelaki yang berperangai sebegini ,awal- awal dah kene "kick" dari wanita ,berbanding seorang yang jenis yang cool ,mereka lebih disengangi.Kalau tengok dalam drama jepun ,biasanya lelaki yang "cool' ni menjadi tarikan wanita.Sebab  ,time ada masalah ,die relaks jek ,jadi lebih dipercayai ,berbanding yang jenis gelabah puyuh .
"OMG OMG OMG !!"

"tapi kalau terlampau cool ,susah jugak ,nyampah jadinya "

"no komen "



hmmm.betol tu.jangan kalut sangat, sebab perempuan biasanya memang da jenis kalut. kalau laki pon kalut mau haru semuanya. tapi kalau cool sangat pon tak bagusss. karang ada pulak yang terasa hati ingat korang tak concern ke hape.


9.Jangan guna ayat - ayat yang lame @ membosankan ,lebihkan pujian.


Kalau kat fb ,ayat2 yang dikatakan lame biasanya berbunyi "hai boleh berkenalan?" ,atau "awak sangat cantik ,sila la kawen dengan saya" atau "jom kawen ".Kalau anda menggunakan ayat sebegini rupa ,kompem pastu anda akan "didelete" dari senarai rakan si dia secara terang - terangan.

"erk"

"no komen".

biasanya wanita lebih suka dipuji ,kerana bila mereka dipuji ,maknanya mereka diberi perhatian ,nak- nak bila budak lelaki yang puji ,terus di awan - awangan ya.hehe,Jangan puji lebih -lebih dah la ,lain macam jadinya kang.



errr. puji memuji bagai ni tak perlu la sangat. geli geleman tekok eden. buat ape buang air liur puji2 kalau tak maksudkannya. as long as korang jujur tu da cukup bagus. cakap tu biar straight tapi jangan la kasar sangat kan. mau kena sembur balik nanti. tapiiii.. betol la kalau duk guna ayat hai boleh berkenalan memang mintak kaki sampai ke muka agaknya tu. ayat yang paling annoying =.-




10.Jadi "misteri guy"


Kadang - kadang ,elemen misteri ini akan membuatkan anda menjadi lebih menarik.Sebagai contoh ,dalam satu geng- geng anda ,tetibe ade seorang gadis cun yang lalu di hadapan geng-geng anda ,semua kawan anda cuba men "pewiit" gadis tersebut ,tetapi anda seorang je  tidak buat demikian.Ini akan menjadi persoalan bagi gadis tersebut "asal mamat ni tak pewiit aku?",dengan itu si dia lebih cenderung untuk mengenali anda kerana anda adalah "mistery guy".


LOL~maybe. sebab nampak COOOLLLLLLL ~ hahah takdela. macam aku cakap la tadi. laki bila bergeng ni tak nampak da cool dia. tapi yang "misteri guy" tu ada la sikit cool dia. tapi mungkin la jugak ada yang cop berlagak pulak nanti kan. but for me itu lagi bagus. buat ape orang nampak kita baik ramah padahal hakikatnya lagi jahat dari yangt jahat kan.




11.Jadi Diri sendiri


sebernarnya ,untuk mengabil hati seorang wanita ni ,tak memerlukan anda menjadi seorang yang"copy cat" atau cuba jadi seolah - olah "seth tan junior" atau jadi macam "justin bieber junior ker" hak3 ,kerana ini menunjukkan anda seorang yang tidak yakin dengan diri sendiri,seolah - olah anda seorang yang hipokrit.Anda tidak menunjukkan diri anda yang sebenar .Walau anda hensem bak rain atau aron aziz sekalipun ,tetapi cuma meniru gaya mereka buat ape.Jadi la diri sendiri tak perlu berlagak jadi orang lain ,kerana jadi diri sendiri lebih baik kerana itu la aset anda.Pasti si dia akan terpikat pada diri anda.


hahhahahha. terbaikkkkkkkk .. inila yang paling palinggggg tepatttt! copycat copydog bagai ni memang la tak COOOLLLLLL~ buat ape jadi hipokrit buat pening kepala ko buat pening kepala dia buat pening kepala aku. LOL~ tetiba je. haaa.. konklusinya laa. sebenarnya yang ideal type ideal type bagai semua tu tak kemana jugaknya. sebab kita suka seseorang tu kerana ALLAH. tak kisah la tak hensem ke tak lawa ke tak kaya ke tak gentle ke tak romantik ke asalkan dia beragama insyaALLAH yang tak semua tu akan jadi ya pada mata kita. tak baik tak boleh la kan. nak mati cepat ke kena belasah kalau buat silap sikit ke.

okay yang pentingnya apa2 pon yang kita buat adalah dengan niat untuk mendapat Halawatul Iman . berusahalah untuk mengejar cintaNYA yang satu. manisnya IMAN :)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)




Labels: , ,

comment here |0 minded